Ababil; Hikmah yang Dilupakan Muslim
PERISTIWA AGUNG DIRAKAM AL-QURAN “Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap tentera bergajah? Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan Ka’bah) itu sia-sia? Dan Dia mengirimkan kapada mereka burung yang berbondong-bondong, yang melempari mereka dengan batu (berasal) dari tanah yang terbakar, lalu Dia menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan (ulat).” (Surah al-Fil; 1-5) Al-Quran telah merakamkan satu peristiwa penting yang berlaku beberapa ketika sebelum lahirnya Rasulullah SAW. Pendapat masyhur mengatakan bahawa peristiwa ini berlaku pada tahun yang sama lahirnya junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Disebabkan peristiwa ini, tahun tersebut digelar sebagai Tahun Gajah. Hanya kerana hasad dan dengki seorang raja bernama Abrahah terhadap Kaabah, maka timbullah perancangan jahat untuk memusnahkan Baitullah yang mulia ini. Semua ini bertitik tolak daripada kegagalannya mengalihkan tumpuan penyembahan bangsa Arab