Posts

Showing posts with the label qasidah Melayu

Lirik (Teks Qasidah) Lailatul Qadar (Bahar Basith)

(Sumber: sebaran WhatsApp) Jika kamu bertanya bila malam mulia, Peganglah pandangan dua Imam terkemuka. Al-Ghazali Sang Qutub Agung lagi berjasa, Juga As-Syazuli Sang Imam panutan semua. Keduanya memberi panduan pada kita, Perhatikan Awal Ramadhan Moga Kan Jumpa. Jika Awal Ramadhanmu jatuh hari Ahad, Dua Puluh Sembilan moga-moga mendapat. Lailatul Qadar itu bukan malam sebarang, Amat rugi jika kau tidak ambil peluang. Awal Ramadhan jika berbetulannya Isnin, Malam Dua Puluh Satu jangan main-main. Imamuna As-Syafie juga menyebutnya, Jangan lalai dan leka pada malam siangnya. Jika jatuh Awal Ramadhan hari Selasa, Malam Dua Puluh Tujuh bersiap siaga. Jikalau hari Rabu pula awal Puasa, Terdapat perbezaan dua Imam berjasa, Dua Puluh Sembilan pandangan al-Ghazali, Kurang Sepuluh pula pandangan As-Syazuli. Jikalau Khamis pula Hari Awal Puasa, Malam Dua Puluh Lima jangan dipersia. Hari Jumaat pula jika Hari Pertama, Juga Khilaf antara dua Imam Mulia. Al-Gha...

Lirik Qasidah Diciptaku Untuk Menyintaimu (SAW)

DICIPTAKU UNTUK MENYINTAIMU ( sumber: sebaran WhatsApp) Cintaku sebelum saksi, jadikan iman meninggi, Yakinku sebelum mimpi, Adanya dikau Nabi, Cinta sesudah menyaksi, Jadikan rindu meninggi, Dahagakan kasih Nabi, Bekalku selepas mati, اللَّهُمَّ صَلِّ عَلىٰ الَّذِي،  لَوْلَاهُ مَا كَانَ الْأَنَام، ياَ أَكْرَمَ الرُّسْلِ الْكِرَامِ، أَرْجُوْ الزِّيَارَة كُلِّ عَام، Hanya Allah yang Menyaksi, Nama terpahat di hati, Alhamdulillah ku memuji, Dikurnia namamu Nabi, Namamu terus menyinar, Hatiku menggeletar, Saat namamu didengar, Air mata terus memancar, اللَّهُمَّ صَلِّ عَلىٰ الَّذِي،  لَوْلَاهُ مَا كَانَ الْأَنَام، ياَ أَكْرَمَ الرُّسْلِ الْكِرَامِ، أَرْجُوْ الزِّيَارَة كُلِّ عَام، Malaikat jadilah saksi, Ku bercinta dengan Nabi, Jangan diseksa tubuh ini, Diciptakan demi Nabi, Jangan Ruhku dikasari, Ia pernah mimpikan Nabi, Buat pertama kali, Seperempatnya ku menyaksi, اللَّهُمَّ صَلِّ عَلىٰ الَّذِي،  لَوْلَاهُ مَا كَانَ الْأ...

Lirik (Teks Qasidah) Ku Rindumu Di Kinabalu

KURINDUMU DI KINABALU ❤ (sumber: خير النجوى@grupTele) Berqasidah di Gunung Kinabalu, Ku teringat Jabal Uhudmu, Yang membalas cinta Baginda, Dengan menggegarkan tubuhnya. Sudah lama hati merindu Dengan kekasih yang satu Bilakah masa dapat bertemu Dengan kekasih agungmu Kakiku kan terus melangkah Menuju ke bumi Madinah Selangkah demi selangkah Dekatkanlah kami Ya Allah Moga ziarahku disambut, Hatiku ingin terus merebut, Ganjaran yang telah disebut, Oleh Baginda yang lemah lembut, Barangsiapa yang ziarah Rumah Baginda di Madinah Walau selepas Baginda wafat Bagai semasa Nabi haayat Jauh benar ku terpisah Dgn Nabi di Madinah Jangankan pula ku dipisah Saat dipilih ke Jannah. Air mata terus mengalir Hatiku tetap rasa khuwatir Apakah kita kan terpisah Bantulah cintaku Ya Allah. Tiap kali ku berjalan, memandang batu di jalanan, Mengingatkanku batu Makkah, salam kepada Rasulullah, Tiap waktu ku ingin makan, Teringat baginda kelaparan, Jarang se...

Lirik Qasidah Rindu Madinah

RINDU MADINAH ❤ (sumber: grup Telegram)  Rindunya daku kepada bumi Madinah Takkan terubat walau sudah ziarah Sekalipun menangis berair mata darah Hatikan tetap rindukan Rasulullah ALLAHU ALLAHU ALLAHU ALLAH ALLAHU ALLAH HABIBI ROSULULLAH.. Terimalah hadiah imbalan ziarah Insan yang lemah ingin berqasidah Diilhamkan Allah Syamail Muhammadiyah Berkat menangis di Raudhatul Jannah ALLAHU ALLAHU ALLAHU ALLAH ALLAHU ALLAH HABIBI ROSULULLAH.. Di suatu malam, bulan yang penuh cerah Baginda mengenakan pakaian serba merah Lalu bersumpah Jabir bin Samurah Jika dibezakan, Nabi terlebih indah ALLAHU ALLAHU ALLAHU ALLAH ALLAHU ALLAH HABIBI ROSULULLAH.. Matanya yang terang, sangat suka bercelak Nampak yang dibelakang, dan depan serentak Jinjang tengkuk Nabi, sangat putih melepak Tiada berdaki, umpama pantulan perak ALLAHU ALLAHU ALLAHU ALLAH ALLAHU ALLAH HABIBI ROSULULLAH.. Dahinya yang luas, anak matanya hitam Cahaya berhias, menatap kan tenteram Tu...

Lirik Qasidah Mahabbah Rasul

Qasidah Mahabbah Rasul   (copypaste drpd grup Telegram)  مولى صل وسلم داءما أبدا على حبيبك خير الخلق كلهم Mahabbah Rasul jadi perlumbaan, Bagi sekalian makhluk Tuhan, Tidak kira manusia atau haiwan, Bukit bukau dan tumbuh tumbuhan, Seekor unta datang berlari lari, Berlutut dan mengucup kaki Nabi, Mengalir air matanya menangisi, Kerana rindu kepada Nabi, Mengadu domba tentang badan sakit, Kerja banyak makannya sedikit, Di dalam peristiwa Israk wal Mikraj, Batu yg besar tersangatlah berat, Ingin menjadi pengikut yang taat, Lalu timbullah dan jua terangkat, Lantas ditahan oleh malaikat, Maka terapunglah hingga kiamat, Pelepah tamar yang sudah kekeringan, Merintis menangis kerna ditinggalkan, Hingga tangisannya telah didengarkan, Kepada para sahabat yang beriman, Lalu baginda turun menenangkan, Berhentilah menangis berkat usapan, Bukit uhud kuat bergoncang, Kerana gembira Nabi di belakang, Sehinggalah kaki Baginda menendang, Barulah berh...