Lirik Qasidah Rindu Madinah

RINDU MADINAH
(sumber: grup Telegram) 

Rindunya daku kepada bumi Madinah
Takkan terubat walau sudah ziarah
Sekalipun menangis berair mata darah
Hatikan tetap rindukan Rasulullah

ALLAHU ALLAHU ALLAHU ALLAH
ALLAHU ALLAH
HABIBI ROSULULLAH..

Terimalah hadiah imbalan ziarah
Insan yang lemah ingin berqasidah
Diilhamkan Allah Syamail Muhammadiyah
Berkat menangis di Raudhatul Jannah

ALLAHU ALLAHU ALLAHU ALLAH
ALLAHU ALLAH
HABIBI ROSULULLAH..

Di suatu malam, bulan yang penuh cerah
Baginda mengenakan pakaian serba merah
Lalu bersumpah Jabir bin Samurah
Jika dibezakan, Nabi terlebih indah

ALLAHU ALLAHU ALLAHU ALLAH
ALLAHU ALLAH
HABIBI ROSULULLAH..

Matanya yang terang, sangat suka bercelak
Nampak yang dibelakang, dan depan serentak
Jinjang tengkuk Nabi, sangat putih melepak
Tiada berdaki, umpama pantulan perak

ALLAHU ALLAHU ALLAHU ALLAH
ALLAHU ALLAH
HABIBI ROSULULLAH..

Dahinya yang luas, anak matanya hitam
Cahaya berhias, menatap kan tenteram
Tulang baginda kemas, saling kuat menggenggam
Rukanah tertewas, lalu memeluk Islam

ALLAHU ALLAHU ALLAHU ALLAH
ALLAHU ALLAH
HABIBI ROSULULLAH..

Rambutnya ikal mayang, tidak terlalu panjang
Tingginya yang sedang, dada luas berbidang
Ketika berjalan, condongnya kehadapan
Lajunya seperti, turun tempat yang tinggi

ALLAHU ALLAHU ALLAHU ALLAH
ALLAHU ALLAH
HABIBI ROSULULLAH..

Helaian bulunya tetapkan terus wujud
Hanya belasan uban memikirkan surah Hud
Umpama pedang jaguh, hidung baginda mancung
Dipandang dari jauh, kening seakan bersambung

ALLAHU ALLAHU ALLAHU ALLAH
ALLAHU ALLAH
HABIBI ROSULULLAH..

Nafas berbau wangi, semerbak kasturi
Sukakan bersugi, yang busuk dihindari
Tak pernah menguap, berkat cucian hati
Takkan pernah dihinggap, lalat walau sekali

ALLAHU ALLAHU ALLAHU ALLAH
ALLAHU ALLAH
HABIBI ROSULULLAH..

Berjarak gigi hadapan, cahaya kelihatan
Segala pertuturan, adalah wahyu tuhan
Lebar bibirnya, menandakan pemurah
Membaca Al-Quran, dengan penuh Fasoohah

ALLAHU ALLAHU ALLAHU ALLAH
ALLAHU ALLAH
HABIBI ROSULULLAH..

Baginda memilih, hidup dalam berzuhud
Sekalipun maksum, sangat banyak bersujud
Menipis isi tumit, lamanya bertahajjud
Banyak mendaki bukit, sangat sayangkan Uhud

ALLAHU ALLAHU ALLAHU ALLAH
ALLAHU ALLAH
HABIBI ROSULULLAH..

____________

Semoga Allah membalas jasa insan yang telah 'share'  lirik qasidah ini.

Comments

  1. itu lirik qasidah cipta Ustadz Neezam Al Banjari from Maahad Tahfidz Ibnu Sina, Malaysia.

    ReplyDelete
  2. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  3. ,๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  4. ❤️❤️❤️❤️❤️

    ReplyDelete
  5. ⁦♥️⁩๐Ÿ–ค๐Ÿ’œ๐Ÿ’™๐Ÿ’š๐Ÿ’›๐Ÿงก

    ReplyDelete
  6. Jakallah yang buat n..iiiุฌุฒุงูƒ ุงู„ู„ู‡

    ReplyDelete
  7. Ustaz nizam albanjari bertanggungjawab ke atas rindu aku kepada saidina muhammad

    ReplyDelete
  8. Masyaallah terima kasih banyak-banyak ye ๐Ÿ˜๐Ÿ˜
    Rindunya pada kekasih Allah SWT
    Iaitu Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam.๐Ÿฅบ๐Ÿ˜ž

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah terima kasih banyak banyak ye . ☺️
    Rindunya pada kekasih Allah SWT iaitu Rasulullah shallallahu alaihim walsallam๐Ÿ˜”๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

    ReplyDelete
  10. ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ู‰ ูˆุณู„ู… ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰
    ุขู„ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ❤️

    ReplyDelete
  11. Anak anak suka lagu ini jadi kakaknya syair adeknya gendang

    ReplyDelete
  12. Qasidah yg begitu indah , Jazakallah ustaz Neezam Al Banjari

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Lirik Qasidah Mahabbah Rasul

Lirik Qasidah Diciptaku Untuk Menyintaimu (SAW)