Posts

Showing posts with the label cinta ahlul bait

Lirik (Teks Qasidah) Lailatul Qadar (Bahar Basith)

(Sumber: sebaran WhatsApp) Jika kamu bertanya bila malam mulia, Peganglah pandangan dua Imam terkemuka. Al-Ghazali Sang Qutub Agung lagi berjasa, Juga As-Syazuli Sang Imam panutan semua. Keduanya memberi panduan pada kita, Perhatikan Awal Ramadhan Moga Kan Jumpa. Jika Awal Ramadhanmu jatuh hari Ahad, Dua Puluh Sembilan moga-moga mendapat. Lailatul Qadar itu bukan malam sebarang, Amat rugi jika kau tidak ambil peluang. Awal Ramadhan jika berbetulannya Isnin, Malam Dua Puluh Satu jangan main-main. Imamuna As-Syafie juga menyebutnya, Jangan lalai dan leka pada malam siangnya. Jika jatuh Awal Ramadhan hari Selasa, Malam Dua Puluh Tujuh bersiap siaga. Jikalau hari Rabu pula awal Puasa, Terdapat perbezaan dua Imam berjasa, Dua Puluh Sembilan pandangan al-Ghazali, Kurang Sepuluh pula pandangan As-Syazuli. Jikalau Khamis pula Hari Awal Puasa, Malam Dua Puluh Lima jangan dipersia. Hari Jumaat pula jika Hari Pertama, Juga Khilaf antara dua Imam Mulia. Al-Gha...

Lirik Qasidah Diciptaku Untuk Menyintaimu (SAW)

DICIPTAKU UNTUK MENYINTAIMU ( sumber: sebaran WhatsApp) Cintaku sebelum saksi, jadikan iman meninggi, Yakinku sebelum mimpi, Adanya dikau Nabi, Cinta sesudah menyaksi, Jadikan rindu meninggi, Dahagakan kasih Nabi, Bekalku selepas mati, اللَّهُمَّ صَلِّ عَلىٰ الَّذِي،  لَوْلَاهُ مَا كَانَ الْأَنَام، ياَ أَكْرَمَ الرُّسْلِ الْكِرَامِ، أَرْجُوْ الزِّيَارَة كُلِّ عَام، Hanya Allah yang Menyaksi, Nama terpahat di hati, Alhamdulillah ku memuji, Dikurnia namamu Nabi, Namamu terus menyinar, Hatiku menggeletar, Saat namamu didengar, Air mata terus memancar, اللَّهُمَّ صَلِّ عَلىٰ الَّذِي،  لَوْلَاهُ مَا كَانَ الْأَنَام، ياَ أَكْرَمَ الرُّسْلِ الْكِرَامِ، أَرْجُوْ الزِّيَارَة كُلِّ عَام، Malaikat jadilah saksi, Ku bercinta dengan Nabi, Jangan diseksa tubuh ini, Diciptakan demi Nabi, Jangan Ruhku dikasari, Ia pernah mimpikan Nabi, Buat pertama kali, Seperempatnya ku menyaksi, اللَّهُمَّ صَلِّ عَلىٰ الَّذِي،  لَوْلَاهُ مَا كَانَ الْأ...

Biografi Sheikh Dr Yusri Rushdi Sayyid Jabr al-Hasani

SUMBER: sebaran WhatsApp  Hari ini kita merayakan kelahiran Maulana al-Murabbi, Syekh Yusri Rusydi al-Hasani.. hafizhahullah... Seorang pakar perawat Jasad dan Roh. Ayo kita mengenal beliau.... ----- Nama beliau adalah Al-Allamah Syeikh Dr. Yusri Rushdi Sayyid Jabr Al-Hasani. Seorang doktor pakar bedah yang murobbi, alim, zuhud dan wara', juga pakar dalam pelbagai bidang ilmu agama. Berpegang teguh dengan aqidah ahli sunnah wal jama’ah, bermazhab Syafi’ie, berpegang dengan tariqat as-Siddiqi melalui susur galur tariqat as-Syazuli dan merupakan antara ulama Al-Azhar As-Syarif. |Latar Belakang, Pendidikan dan Pembelajaran| Dilahirkan pada 25 Muharram 1374 H bersamaan 23 September 1954 M di Hayyu Raudhul Faraj, Kaherah. Beliau memulakan alam persekolahan di sekolah kerajaan sehinggalah menyambungkan pelajaran dalam bidang perubatan di Universiti Kaherah dan mendapat pangkat ‘Jayyid Jiddan’ pada Disember 1978. Kemudian beliau mendapat Ijazah Sarjana (M.A) dalam bidan...

Merinduimu Ya RasulAllah

Sumber: sebaran media sosial (WhatsApp) tapi telah diedit sedikit daripada segi huruf kecil/besar dll.  💠 *بسم الله الرحمن الرحيم*💠 ```Bila aku tak suka pada rasa makananku aku teringat pada Baginda Muhammad SAW yang pernah meletakkan batu pada keliling perutnya untuk menahan lapar``` 💠💠💠💠💠💠 ```Bila aku merasa pakaian ku cuma sedikit aku teringat pada Baginda Muhammad SAW yang hanya punya dua helai baju seumur hidupnya``` 💠💠💠💠💠💠 ```Bila aku merasa tidak selesa akan tempat pembaringan ku aku teringat pada Baginda Muhammad SAW yang tidur hanya beralas pelepah kurma dan kain kasar dalam hidupnya``` 💠💠💠💠💠💠 ```Apabila aku menjadi begitu kedekut untuk memberi dan berkongsi dengan orang lain .. aku teringat pada Baginda Muhammad SAW yang pernah memberi segala-galanya sehingga Baginda hampir tiada apa-apa untuk dirinya``` 💠💠💠💠💠💠 ```Bila aku fikir betapa miskinnya hidupku, aku teringat pada Baginda Muhammad SAW y...

Sirah Bintu Rasulullah SAW; Sayidah Fatimah RA

Manaqib Sayidah Fatimah az-Zahra al-Batul binti Muhammad SAW Fatimah binti Muhammad (606/614 - 632) atau lebih dikenal dengan Fatimah az-Zahra (Fatimah yang selalu berseri) (Bahasa Arab: فاطمة الزهراء ) putri bungsu Nabi Muhammad SAW dari perkawinannya dengan istri pertamanya, Khadijah. Kelahiran & Kematian Fatimah dilahirkan pada hari Jumat, 20 Jumadil akhir di Mekkah, tahun kelima setelah kerasulan Nabi Muhammad[1], atau sekitar tahun 614 M (menurut tradisi Syi'ah) atau tahun 606 M (menurut Sunni). Tempat beliau dilahirkan ialah di rumah ayah dan ibunya. Beliau.rha wafat pada tahun ke-11 Hijriyah, enam bulan setelah wafatnya Rasulullah[2], dan dimakamkan secara rahasia di Pemakaman Baqi', Madinah. Pernikahan Ketika usianya beranjak dewasa, Fatimah Az-Zahra dipersunting oleh salah satu sahabat sekaligus orang kepercayaan Rasulullah, Ali bin Abi Thalib. Fatimah Az-Zahra tumbuh menjadi seorang gadis yang tidak hanya merupakan putri dari Rasulullah, namun juga mampu ...