Posts

Showing posts with the label malam akhir Ramadan

Lirik (Teks Qasidah) Lailatul Qadar (Bahar Basith)

(Sumber: sebaran WhatsApp) Jika kamu bertanya bila malam mulia, Peganglah pandangan dua Imam terkemuka. Al-Ghazali Sang Qutub Agung lagi berjasa, Juga As-Syazuli Sang Imam panutan semua. Keduanya memberi panduan pada kita, Perhatikan Awal Ramadhan Moga Kan Jumpa. Jika Awal Ramadhanmu jatuh hari Ahad, Dua Puluh Sembilan moga-moga mendapat. Lailatul Qadar itu bukan malam sebarang, Amat rugi jika kau tidak ambil peluang. Awal Ramadhan jika berbetulannya Isnin, Malam Dua Puluh Satu jangan main-main. Imamuna As-Syafie juga menyebutnya, Jangan lalai dan leka pada malam siangnya. Jika jatuh Awal Ramadhan hari Selasa, Malam Dua Puluh Tujuh bersiap siaga. Jikalau hari Rabu pula awal Puasa, Terdapat perbezaan dua Imam berjasa, Dua Puluh Sembilan pandangan al-Ghazali, Kurang Sepuluh pula pandangan As-Syazuli. Jikalau Khamis pula Hari Awal Puasa, Malam Dua Puluh Lima jangan dipersia. Hari Jumaat pula jika Hari Pertama, Juga Khilaf antara dua Imam Mulia. Al-Gha...

Malam 25 Ramadan 1437H

 Bismillah. Alhamdulillah semalam Allah bagi peluang untuk diri ini ke sebuah masjid, bersama seorang teman yang baru sahaja dikenali tidak lebih empat hari. Beliau mengajak saya untuk sama-sama beriktikaf di masjid tersebut. Terus terang, saya memang susah sangat nak ke masjid, tapi kali ni Allah takdirkan saya berjaya jejak kaki ke masjid. Pertama kali saya solat terawih selama (i.e. tempoh yang lama)  ini (maksudnya sebelum ni saya biasa solat terawih yang habis area pukul 10 malam je). Saya kira imam telah menyelesaikan lebih kurang 5-6 juz dalam satu malam.  Kami bertarawih sebanyak 20 rakaat dan selesai dalam pukul 1 pagi lebih.  Dan disambung dengan qiamullail sehingga masa untuk bersahur lebih kurang 15 minit sahaja tinggal. Selesai solat Subuh, imam mengajak makmum untuk sama-sama membaca wirid-wirid dan burdah. Selepas wirid, sheikh mengajak kami untuk membelek al-Quran surah ali Imran ayat 79 (atau saya dah lupa ayat berapa). Sheikh menjelaskan se...