Posts

Showing posts with the label mujahadah

Ababil; Hikmah yang Dilupakan Muslim

PERISTIWA AGUNG DIRAKAM AL-QURAN “Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap tentera bergajah? Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan Ka’bah) itu sia-sia? Dan Dia mengirimkan kapada mereka burung yang berbondong-bondong, yang melempari mereka dengan batu (berasal) dari tanah yang terbakar, lalu Dia menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan (ulat).” (Surah al-Fil; 1-5) Al-Quran telah merakamkan satu peristiwa penting yang berlaku beberapa ketika sebelum lahirnya Rasulullah SAW. Pendapat masyhur mengatakan bahawa peristiwa ini berlaku pada tahun yang sama lahirnya junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Disebabkan peristiwa ini, tahun tersebut digelar sebagai Tahun Gajah. Hanya kerana hasad dan dengki seorang raja bernama Abrahah terhadap Kaabah, maka timbullah perancangan jahat untuk memusnahkan Baitullah yang mulia ini. Semua ini bertitik tolak daripada kegagalannya mengalihkan tumpuan penyembahan bangsa Arab...

Motivasi buat Para Penghafaz al-Quran

Image
[Diambil daripada sebaran media sosial] ⁠⁠⁠Beberapa hari yang lalu saya menjumpai guru saya, Syekh Asran Jabir Asran, di Ma’had Isy Karima, Karanganyar. Saya datang untuk setoran (tasmi') hafalan Surah Ali Imran. Maahad Isy Karima (sumber: Googlesearch) Setelah setoran saya bertanya kepada beliau, “Syekh, untuk murajaah baiknya berapa juz perhari?” “Minimal 5 juz” jawab beliau dengan cepat. 5 juz ya… Saya 1 juz pun kadang kala masih sulit, kata saya di dalam hati. “Waktunya kapan, Syekh?” tanya saya lagi. “Kapan saja. Gak perlu banyak waktu kok. 1 Jam cukup,” kata Syekh. “1 Jam 5 Juz?” tanya saya dengan heran “Kenapa? Jangankan 5 juz. 1 Jam 10 Juz pun cukup,” kata Syekh Asran “Mustahil…” kata saya sambil tertawa. “Mustahil? Saya biasa kok…” “Bagaimana bisa?” saya semakin takjub “Saya kasih contoh. Kalau ada yang berangkat ke Jakarta naik kuda, yang satunya naik bis (bas), satunya naik kereta, satunya naik pesawat. Mana yang paling cepat sampai?” “T...

Kalam Taujihat

“Saya dapat menggambarkan sosok mujahid adalah seorang yang sentiasa mempersiapkan dan membekali diri, berfikir tentang keberadaannya dalam segenap ruang hatinya. la selalu dalam keadaan berfikir. Waspada di atas kaki yang selalu dalam siap siaga. Bila diseru ia menyambut seruan itu. Waktu pagi dan petangnya, bicaranya, keseriusannya, dan permainannya, tidak melanggar arena yang dia persiapkan untuknya. Tidak melakukan kecuali misinya yang memang telah meletakkan hidup dan kehendaknya di atas misinya. Berjihad di jalannya. Anda dapat membaca hal tersebut pada raut wajahnya. Anda dapat melihatnya pada bola matanya. Anda dapat mendengarnya dari ucapan lidahnya yang menunjukkanmu terhadap sesuatu yang bergolak dalam hatinya, suasana tekad, semangat besar serta tujuan jangka panjang yang telah memuncak dalam jiwanya. Jiwa yang jauh dari unsur menarik keuntungan kecil di sebalik perjuangan. Adapun seorang mujahid yang tidur sepenuh kelopak matanya, makan seluas mulutnya, terta...

Kelebihan Rasulullah SAW (Fudhulat Nabi Muhammad SAW)

* Fudhulat Nabi * (Kelebihan @ Keistimewaan Yang Ada Pada Nabi Muhammad SAW) Sumber: sebaran whatsapp  *ﺻﻠﻮﺍﺕ ﻃﻴﺒﺎﺕ # ﻟﻠﺤﺒﻴﺐ ﻣﻮﻻﻱ ﻣﺤﻤﺪ* *Sholawatuun Thoyyibatun*# *lil* *Habib Maulay Muhammad* SEMPURNA IMAN BAGI SETIAP INSAN, JIKA CINTA NABI DILEBIHKAN, YAKIN SEGALA YANG ALLAH KURNIAKAN, KEPADA NABI YANG TAK PERNAH ADA BANDINGAN, APA JUGA YANG TERBIT DARI BADAN, HARUM SUCI LAGI MENYUCIKAN. TENTERA PERANG SERAMAI SERIBU LEBIH, KELUAR BERJUANG BERSAMA NABI MUHAMMAD, CARI MINUMAN SUDAH BEGITU LETIH, TERBITLAH AIR DI CELAH JARI YANG BERKAT, ITULAH AIR YANG PALING BERSIH, DIMINUM DAN BERSUCI UNTUK SOLAT. TERLUKA QOTADAH DI DALAM PERPERANGAN, MATANYA SEBELAH TIDAK LAGI BERFUNGSI, SAHABAT BERCADANG AGAR DIBUANGKAN, TAPI DITAHAN OLEH BAGINDA NABI, BERKAT AIR LIUR YANG DISAPUKAN, DEMI ALLAH, MATANYA DIUBATI. TIKA SAYYIDAH FATIMAH TIADA DI RUMAH, CUCU BAGINDA MENANGIS KELAPARAN, LALU BAGINDA MEMASUKKAN LIDAH, DIHISAP KUAT CUCU K...

Malam 25 Ramadan 1437H

 Bismillah. Alhamdulillah semalam Allah bagi peluang untuk diri ini ke sebuah masjid, bersama seorang teman yang baru sahaja dikenali tidak lebih empat hari. Beliau mengajak saya untuk sama-sama beriktikaf di masjid tersebut. Terus terang, saya memang susah sangat nak ke masjid, tapi kali ni Allah takdirkan saya berjaya jejak kaki ke masjid. Pertama kali saya solat terawih selama (i.e. tempoh yang lama)  ini (maksudnya sebelum ni saya biasa solat terawih yang habis area pukul 10 malam je). Saya kira imam telah menyelesaikan lebih kurang 5-6 juz dalam satu malam.  Kami bertarawih sebanyak 20 rakaat dan selesai dalam pukul 1 pagi lebih.  Dan disambung dengan qiamullail sehingga masa untuk bersahur lebih kurang 15 minit sahaja tinggal. Selesai solat Subuh, imam mengajak makmum untuk sama-sama membaca wirid-wirid dan burdah. Selepas wirid, sheikh mengajak kami untuk membelek al-Quran surah ali Imran ayat 79 (atau saya dah lupa ayat berapa). Sheikh menjelaskan se...