Kelebihan Rasulullah SAW (Fudhulat Nabi Muhammad SAW)
*Fudhulat Nabi*
(Kelebihan @ Keistimewaan Yang Ada Pada Nabi Muhammad SAW)
Sumber: sebaran whatsapp
*ﺻﻠﻮﺍﺕ ﻃﻴﺒﺎﺕ # ﻟﻠﺤﺒﻴﺐ ﻣﻮﻻﻱ ﻣﺤﻤﺪ*
*Sholawatuun Thoyyibatun*# *lil*
*Habib Maulay Muhammad*
SEMPURNA IMAN BAGI SETIAP
INSAN,
JIKA CINTA NABI DILEBIHKAN,
YAKIN SEGALA YANG ALLAH
KURNIAKAN,
KEPADA NABI YANG TAK PERNAH
ADA BANDINGAN,
APA JUGA YANG TERBIT DARI
BADAN,
HARUM SUCI LAGI MENYUCIKAN.
TENTERA PERANG SERAMAI
SERIBU LEBIH,
KELUAR BERJUANG BERSAMA
NABI MUHAMMAD,
CARI MINUMAN SUDAH BEGITU
LETIH,
TERBITLAH AIR DI CELAH JARI
YANG BERKAT,
ITULAH AIR YANG PALING BERSIH,
DIMINUM DAN BERSUCI UNTUK
SOLAT.
TERLUKA QOTADAH DI DALAM
PERPERANGAN,
MATANYA SEBELAH TIDAK LAGI
BERFUNGSI,
SAHABAT BERCADANG AGAR
DIBUANGKAN,
TAPI DITAHAN OLEH BAGINDA
NABI,
BERKAT AIR LIUR YANG
DISAPUKAN,
DEMI ALLAH, MATANYA DIUBATI.
TIKA SAYYIDAH FATIMAH TIADA DI
RUMAH,
CUCU BAGINDA MENANGIS
KELAPARAN,
LALU BAGINDA MEMASUKKAN
LIDAH,
DIHISAP KUAT CUCU
KESAYANGAN,
SEHARIAN TAK MAHU MENYUSU
SUDAH,
KERANA KENYANGNYA HUSAIN
DAN HASAN.
AIR LUDAHNYA PERNAH
DICAMPURKAN,
KE DALAM SATU PERIGI DI
MADINAH,
LALU KELUAR BAU YANG
MENGHARUMKAN,
TIDAK TERLAWAN KASTURI DI
JANNAH,
SIAPA MEMINUM MENDAPAT
KEBERKATAN,
HILANG DAHAGA TERASA INDAH.
IMAM SYAFI'E PERNAH BERMIMPI
INDAH,
MELIHAT NABI YANG BERGITU
CERAH,
MENGADU IMAM INGATANNYA
LEMAH,
DIBUKA MULUT DIMINUMKAN
LUDAH,
BILA TERJAGA BEROLEH
ANUGERAH,
RIWAYAT HADIS TIDAK PERNAH
SALAH.
UMMU SULAIM PERNAH
MENGHAMPARKAN,
TIKAR KULIT UNTUK
MENADAHKAN,
PELUH BAGINDA YANG BANYAK
KEBERKATAN,
MENGALIR KERANA HARI
KEPANASAN,
DIAMBIL TIKAR LALU DIPERAHKAN,
KE DALAM BOTOL DIJADIKAN
WANGIAN.
PERANG UHUD MENJADI SAKSI,
TELAH TERLUKA JASAD NABI
YANG SUCI,
MENGALIR DARAH DIMINUM
SOHABI,
MALIK BIN SINAN NAMANYA
DIBERI,
MELIHAT NABI LALU MENGAKUI,
PERUTMU ITU TAK KAN DIJILAT
API.
DI DALAM HADIS TERDAPAT SATU
CERITA,
SATU KETIKA ADA SEORANG
WANITA,
MEMINUM AIR KENCING NABI
KITA,
PERUT YANG SAKIT TAMATLAH
DERITA,
LALU NABI MUHAMMAD PUN
BERKATA,
PERUTMU TAK KAN MENGADU
SELAMANYA.
Comments
Post a Comment