Posts

Showing posts from June, 2016

Malam 25 Ramadan 1437H

 Bismillah. Alhamdulillah semalam Allah bagi peluang untuk diri ini ke sebuah masjid, bersama seorang teman yang baru sahaja dikenali tidak lebih empat hari. Beliau mengajak saya untuk sama-sama beriktikaf di masjid tersebut. Terus terang, saya memang susah sangat nak ke masjid, tapi kali ni Allah takdirkan saya berjaya jejak kaki ke masjid. Pertama kali saya solat terawih selama (i.e. tempoh yang lama)  ini (maksudnya sebelum ni saya biasa solat terawih yang habis area pukul 10 malam je). Saya kira imam telah menyelesaikan lebih kurang 5-6 juz dalam satu malam.  Kami bertarawih sebanyak 20 rakaat dan selesai dalam pukul 1 pagi lebih.  Dan disambung dengan qiamullail sehingga masa untuk bersahur lebih kurang 15 minit sahaja tinggal. Selesai solat Subuh, imam mengajak makmum untuk sama-sama membaca wirid-wirid dan burdah. Selepas wirid, sheikh mengajak kami untuk membelek al-Quran surah ali Imran ayat 79 (atau saya dah lupa ayat berapa). Sheikh menjelaskan setiap patah dalam ay