Posts

Showing posts from July, 2016

Quran Weekly: Perkongsian tafsir al-Quran daripada Ustaz Nouman Ali Khan

Di sini saya kongsikan link untuk menonton video-video yang dibahagikan mengikut juz, dijelaskan ayat-ayat tertentu oleh Ustaz Nouman Ali Khan. Semoga bermanfaat! *Klik CC di skrin pemain untuk melihat sarikata (subtitle) dalam bahasa Inggeris. Juz 1 Take Allah's Commands Seriously Juz 2 Do you worship Ramadan or Allah? Juz 3 Understanding Trials and Difficulties Juz 4 How to Attain Goodness from Allah Juz 5 Ethics of Wealth & Money Juz 6 Don't Lose Hope in Allah's Love & Mercy Juz 7 Filth vs Good & Pure Juz 8 Parents in Islam Juz 9 Don't Give Up on Others Juz 10 What You Can Contribute to Islam

Ya Tarim wa Ahlaha

Bismillah. Dulu, ketika di Tarim, saya pertama kali kenal dengan Burdah. Burdah adalah puisi karangan Imam Busiri berkenaan Rasulullah SAW. Dan burdah ini ada 10 fasal di dalamnya. Saya mendengar pelbagai jenis irama didendangkan untuk melagukan setiap fasl tersebut. Semakin saya dengar, semakin saya jatuh cinta dengan burdah ini. Semakin saya cuba memahami isi-isinya, semakin saya rindu untuk bertemu dengan Baginda Rasulullah SAW. Dan pagi ini, saya terkejut saat tok bilal (mungkin) di masjid menyuruh membelek muka surat tertentu dan ternyata muka surat tu diisi dengan bait-bait burdah. Masa tu, terus teringat kat Tarim, rindu sangat. Kata sahabat saya, kalau kita sedih, selalulah sebut 'Ya Tarim wa Ahlaha'. Ahlaha yang dimaksudkan di sini bukanlah sebarang ahli, kerana yang berada di Tarim itu adalah wali-wali Allah, orang-orang yang dekat dengan Allah. Sebab itu jugalah Tarim dikenali sebagai Kota Sejuta Wali. Alhamdulillah bila baca burdah itu, rindu kepada Tarim itu