Posts

Showing posts from 2016

Kelebihan Rasulullah SAW (Fudhulat Nabi Muhammad SAW)

* Fudhulat Nabi * (Kelebihan @ Keistimewaan Yang Ada Pada Nabi Muhammad SAW) Sumber: sebaran whatsapp  *ﺻﻠﻮﺍﺕ ﻃﻴﺒﺎﺕ # ﻟﻠﺤﺒﻴﺐ ﻣﻮﻻﻱ ﻣﺤﻤﺪ* *Sholawatuun Thoyyibatun*# *lil* *Habib Maulay Muhammad* SEMPURNA IMAN BAGI SETIAP INSAN, JIKA CINTA NABI DILEBIHKAN, YAKIN SEGALA YANG ALLAH KURNIAKAN, KEPADA NABI YANG TAK PERNAH ADA BANDINGAN, APA JUGA YANG TERBIT DARI BADAN, HARUM SUCI LAGI MENYUCIKAN. TENTERA PERANG SERAMAI SERIBU LEBIH, KELUAR BERJUANG BERSAMA NABI MUHAMMAD, CARI MINUMAN SUDAH BEGITU LETIH, TERBITLAH AIR DI CELAH JARI YANG BERKAT, ITULAH AIR YANG PALING BERSIH, DIMINUM DAN BERSUCI UNTUK SOLAT. TERLUKA QOTADAH DI DALAM PERPERANGAN, MATANYA SEBELAH TIDAK LAGI BERFUNGSI, SAHABAT BERCADANG AGAR DIBUANGKAN, TAPI DITAHAN OLEH BAGINDA NABI, BERKAT AIR LIUR YANG DISAPUKAN, DEMI ALLAH, MATANYA DIUBATI. TIKA SAYYIDAH FATIMAH TIADA DI RUMAH, CUCU BAGINDA MENANGIS KELAPARAN, LALU BAGINDA MEMASUKKAN LIDAH, DIHISAP KUAT CUCU KESAYANGAN, SE

Lyric of Islamic song (nasheed) with English subtitles: لا تَحسبْ أنْ الدينَ بعيدٌ عن حب وحياة

Credit to: Youtube's video Translation of the song title (in Malay) : Jangan kau sangka bahawa agama ini jauh daripada kasih sayang dan kehidupan  لا لا تَحسبْ أنْ الدينَ بعيدٌ عن حُبٍ وحياة وبهجرِك للدينِ ستحيا تَعشقُ ما قلبُك يهواه أو أن الأيامَ ستحْلو وتَرى الدُنيا شطَ نجاة دينك بحرٌ من آمالِ شطٌ لجميلِ الأحلام ليس الدينُ كما تخْشاهُ ذا مَمنوعٌ ذاك حرام فالإسلامُ جميلٌ حقاً هذا ليس هو الإسْلام كلُ أوامرِه تَهدينا وتُنادِينا للخيرِ ينْهانا عن كُلِ طريقٍ يأخُذنْا نَحو الشرِ فالله رَحيمٌ وحَليمٌ يدْعو دَوماً للبرِ في الدينِ صلاةٌ وصيامٌ وكذلك فرحٌ وسرور والمتديّن مَنْ تلقاهُ مُبتسِماً حلواً كالنْور يسْعى لُيعمِر دُنياهُ وهو رقيْقُ الطَبعِ صبور الإسْلامُ سلامٌ فينا يزرَعُ فينا حُبَ الناس الإسْلامُ سفينهُ حُبٍ يدْفعها أجملُ إحساس ما أحلى الدُنيا لو عِشنْا وجَعْلنا الإسْلام أساس _________________________ Translation : Don't think that this religion is far from love and life And due to your abandonment of this religion, you will live and

Lirik (Teks Qasidah) Ku Rindumu Di Kinabalu

KURINDUMU DI KINABALU ❤ (sumber: خير النجوى@grupTele) Berqasidah di Gunung Kinabalu, Ku teringat Jabal Uhudmu, Yang membalas cinta Baginda, Dengan menggegarkan tubuhnya. Sudah lama hati merindu Dengan kekasih yang satu Bilakah masa dapat bertemu Dengan kekasih agungmu Kakiku kan terus melangkah Menuju ke bumi Madinah Selangkah demi selangkah Dekatkanlah kami Ya Allah Moga ziarahku disambut, Hatiku ingin terus merebut, Ganjaran yang telah disebut, Oleh Baginda yang lemah lembut, Barangsiapa yang ziarah Rumah Baginda di Madinah Walau selepas Baginda wafat Bagai semasa Nabi haayat Jauh benar ku terpisah Dgn Nabi di Madinah Jangankan pula ku dipisah Saat dipilih ke Jannah. Air mata terus mengalir Hatiku tetap rasa khuwatir Apakah kita kan terpisah Bantulah cintaku Ya Allah. Tiap kali ku berjalan, memandang batu di jalanan, Mengingatkanku batu Makkah, salam kepada Rasulullah, Tiap waktu ku ingin makan, Teringat baginda kelaparan, Jarang se

Lirik Qasidah Rindu Madinah

RINDU MADINAH ❤ (sumber: grup Telegram)  Rindunya daku kepada bumi Madinah Takkan terubat walau sudah ziarah Sekalipun menangis berair mata darah Hatikan tetap rindukan Rasulullah ALLAHU ALLAHU ALLAHU ALLAH ALLAHU ALLAH HABIBI ROSULULLAH.. Terimalah hadiah imbalan ziarah Insan yang lemah ingin berqasidah Diilhamkan Allah Syamail Muhammadiyah Berkat menangis di Raudhatul Jannah ALLAHU ALLAHU ALLAHU ALLAH ALLAHU ALLAH HABIBI ROSULULLAH.. Di suatu malam, bulan yang penuh cerah Baginda mengenakan pakaian serba merah Lalu bersumpah Jabir bin Samurah Jika dibezakan, Nabi terlebih indah ALLAHU ALLAHU ALLAHU ALLAH ALLAHU ALLAH HABIBI ROSULULLAH.. Matanya yang terang, sangat suka bercelak Nampak yang dibelakang, dan depan serentak Jinjang tengkuk Nabi, sangat putih melepak Tiada berdaki, umpama pantulan perak ALLAHU ALLAHU ALLAHU ALLAH ALLAHU ALLAH HABIBI ROSULULLAH.. Dahinya yang luas, anak matanya hitam Cahaya berhias, menatap kan tenteram Tulang

Lirik Qasidah Mahabbah Rasul

Qasidah Mahabbah Rasul   (copypaste drpd grup Telegram)  مولى صل وسلم داءما أبدا على حبيبك خير الخلق كلهم Mahabbah Rasul jadi perlumbaan, Bagi sekalian makhluk Tuhan, Tidak kira manusia atau haiwan, Bukit bukau dan tumbuh tumbuhan, Seekor unta datang berlari lari, Berlutut dan mengucup kaki Nabi, Mengalir air matanya menangisi, Kerana rindu kepada Nabi, Mengadu domba tentang badan sakit, Kerja banyak makannya sedikit, Di dalam peristiwa Israk wal Mikraj, Batu yg besar tersangatlah berat, Ingin menjadi pengikut yang taat, Lalu timbullah dan jua terangkat, Lantas ditahan oleh malaikat, Maka terapunglah hingga kiamat, Pelepah tamar yang sudah kekeringan, Merintis menangis kerna ditinggalkan, Hingga tangisannya telah didengarkan, Kepada para sahabat yang beriman, Lalu baginda turun menenangkan, Berhentilah menangis berkat usapan, Bukit uhud kuat bergoncang, Kerana gembira Nabi di belakang, Sehinggalah kaki Baginda menendang, Barulah berhenti dari

Quran Weekly: Perkongsian tafsir al-Quran daripada Ustaz Nouman Ali Khan

Di sini saya kongsikan link untuk menonton video-video yang dibahagikan mengikut juz, dijelaskan ayat-ayat tertentu oleh Ustaz Nouman Ali Khan. Semoga bermanfaat! *Klik CC di skrin pemain untuk melihat sarikata (subtitle) dalam bahasa Inggeris. Juz 1 Take Allah's Commands Seriously Juz 2 Do you worship Ramadan or Allah? Juz 3 Understanding Trials and Difficulties Juz 4 How to Attain Goodness from Allah Juz 5 Ethics of Wealth & Money Juz 6 Don't Lose Hope in Allah's Love & Mercy Juz 7 Filth vs Good & Pure Juz 8 Parents in Islam Juz 9 Don't Give Up on Others Juz 10 What You Can Contribute to Islam

Ya Tarim wa Ahlaha

Bismillah. Dulu, ketika di Tarim, saya pertama kali kenal dengan Burdah. Burdah adalah puisi karangan Imam Busiri berkenaan Rasulullah SAW. Dan burdah ini ada 10 fasal di dalamnya. Saya mendengar pelbagai jenis irama didendangkan untuk melagukan setiap fasl tersebut. Semakin saya dengar, semakin saya jatuh cinta dengan burdah ini. Semakin saya cuba memahami isi-isinya, semakin saya rindu untuk bertemu dengan Baginda Rasulullah SAW. Dan pagi ini, saya terkejut saat tok bilal (mungkin) di masjid menyuruh membelek muka surat tertentu dan ternyata muka surat tu diisi dengan bait-bait burdah. Masa tu, terus teringat kat Tarim, rindu sangat. Kata sahabat saya, kalau kita sedih, selalulah sebut 'Ya Tarim wa Ahlaha'. Ahlaha yang dimaksudkan di sini bukanlah sebarang ahli, kerana yang berada di Tarim itu adalah wali-wali Allah, orang-orang yang dekat dengan Allah. Sebab itu jugalah Tarim dikenali sebagai Kota Sejuta Wali. Alhamdulillah bila baca burdah itu, rindu kepada Tarim itu

Malam 25 Ramadan 1437H

 Bismillah. Alhamdulillah semalam Allah bagi peluang untuk diri ini ke sebuah masjid, bersama seorang teman yang baru sahaja dikenali tidak lebih empat hari. Beliau mengajak saya untuk sama-sama beriktikaf di masjid tersebut. Terus terang, saya memang susah sangat nak ke masjid, tapi kali ni Allah takdirkan saya berjaya jejak kaki ke masjid. Pertama kali saya solat terawih selama (i.e. tempoh yang lama)  ini (maksudnya sebelum ni saya biasa solat terawih yang habis area pukul 10 malam je). Saya kira imam telah menyelesaikan lebih kurang 5-6 juz dalam satu malam.  Kami bertarawih sebanyak 20 rakaat dan selesai dalam pukul 1 pagi lebih.  Dan disambung dengan qiamullail sehingga masa untuk bersahur lebih kurang 15 minit sahaja tinggal. Selesai solat Subuh, imam mengajak makmum untuk sama-sama membaca wirid-wirid dan burdah. Selepas wirid, sheikh mengajak kami untuk membelek al-Quran surah ali Imran ayat 79 (atau saya dah lupa ayat berapa). Sheikh menjelaskan setiap patah dalam ay