Malam 25 Ramadan 1437H

 Bismillah.

Alhamdulillah semalam Allah bagi peluang untuk diri ini ke sebuah masjid, bersama seorang teman yang baru sahaja dikenali tidak lebih empat hari.

Beliau mengajak saya untuk sama-sama beriktikaf di masjid tersebut. Terus terang, saya memang susah sangat nak ke masjid, tapi kali ni Allah takdirkan saya berjaya jejak kaki ke masjid.

Pertama kali saya solat terawih selama (i.e. tempoh yang lama)  ini (maksudnya sebelum ni saya biasa solat terawih yang habis area pukul 10 malam je).

Saya kira imam telah menyelesaikan lebih kurang 5-6 juz dalam satu malam.  Kami bertarawih sebanyak 20 rakaat dan selesai dalam pukul 1 pagi lebih.  Dan disambung dengan qiamullail sehingga masa untuk bersahur lebih kurang 15 minit sahaja tinggal.
Selesai solat Subuh, imam mengajak makmum untuk sama-sama membaca wirid-wirid dan burdah. Selepas wirid, sheikh mengajak kami untuk membelek al-Quran surah ali Imran ayat 79 (atau saya dah lupa ayat berapa). Sheikh menjelaskan setiap patah dalam ayat tersebut. Kemudian, waktu pada masa itu saya kira telah masuk waktu syuruk (atau mungkin dhuha). Kemudian, sheikh pun sampaikan pesanan terakhir beliau. Katanya: "Solat sunat dua rakaat terlebih dahulu, baru boleh balik tidur. فصبر جميل".

Allah. Saya rasa sangat bersyukur sebab Allah bagi peluang untuk saya ikut sahabat saya tersebut. Dan banyak pengajaran yang saya dapat daripada malam itu sahaja.

1) 10 malam terakhir Ramadan itu adalah tempoh memburu malam al-Qadr. Jadi, sangatlah rugi kalau pemburuan itu tidak dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Bila saya solat tu, saya tengok makmum-makmum lain. Ada golongan tua yang jauh lebih patut dikagumi. Walaupun mereka telah tua, tetapi masih betah menahan lamanya satu-satu rakaat terawih itu. Dengan bacaan imam yang bukanlah sepantas anak muda, ditambah dengan bacaan yang panjang (banyak muka surat), saya jadi malu dengan diri.

2) Mujahadah melawan nafsu.
Diri ini, kadangkala susah nak rasa susah bila buat perkara yang kita suka, payah nak rasa letih. Tapi, bila terawih, dengar sahaja bilangan 20 rakaat, sudah berkira-kira nak pergi ke tak ke masjid tersebut. Anak muda, sepatutnya kudrat saya lebih tinggi daripada orang tua tetapi semangat mereka untuk hidupkan malam-malam Ramadan jauh lebih tinggi.

Saya rasa mungkin selama ni saya terlalu manjakan nafsu saya, ikutkan kehendak hati sahaja, sedangkan hati selalu berteriak mohon makanan rohani.

Tidak kurang dengan golongan muda yang lain, asyik memerhatikan mushaf saat imam membacakan surah-surah selepas Al-Fatihah. Mungkin dengan cara tersebut, solat jadi lebih khusyuk kerana kita tahu apa yang imam baca.

3) Sabar.
Sabar itu sebenarnya bukan waktu kita marah sahaja, tapi dalam segala bentuk. Sabar dalam berbuat ketaatan dan sabar dalam meninggalkan maksiat. Sabar dalam menungggu waktu dhuha juga satu bentuk kesabaran. Ini bukan kali pertama saya melihat atau mendengar orang Arab menyebut kalimah Fasabrun jameel. Sebelum ni saya dengar daripada mulut seorang pakcik yang sedang mengayuh basikal membawa barang jualan di bawah terik matahari. Ramai yang tahu,, solat selepas Subuh itu bukanlah suatu anjuran daripada baginda Rasulullah SAW malah ianya antara waktu yang ditegah tidur. Tetapi. ramai juga yang tidak dapat bersabar dalam menahan rasa mengantuk selepas Subuh terutama di bulan Ramadan.

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Qasidah Rindu Madinah

Lirik Qasidah Mahabbah Rasul

Lirik Qasidah Diciptaku Untuk Menyintaimu (SAW)