Posts

Showing posts from 2017

Kuiz Seputar al-Quran

Image
CATATAN RINGKAS, apabila ditanya anak/cucu tentang al-Quran: (soal jawab) S : Berapa jumlah Surah dalam al-Quran? J : 114 Surah S : Berapa jumlah Juz dalam al-Quran? J : 30 Juz S : Berapa jumlah Hizb dalam al-Quran? J : 60 Hizb S : Berapa jumlah Ayat dalam al-Quran? J : 6236 Ayat S : Berapa jumlah Kata dalam al-Quran? Dan berapa Jumlah Hurufnya? J : 77437 Kata, atau 77439 Kata dan 320670 Huruf S : Siapa Malaikat yang disebut dalam al-Quran?, J : Jibril, Mikail, Malik, Malakulmaut, Harut, Marut, Al-Hafazoh, Al-Kiromulkatibun HamalatulArsy, dll. S : Berapa Jumlah Sajdah (ayat Sujud) dalam al-Quran? J : 14 Sajdah S : Berapa Jumlah para Nabi yg disebut dalam Al-Quran? J : 25 Nabi S : Berapa Jumlah Surah Madaniyah dalam al-Quran? Sebutkan. J : 28 Surah, al-Baqoroh, al-Imron, al-Nisa" al-Maidah, al-Anfal, al-Tawbah, al-Ra’d, al-Haj, al-Nur, al-Ahzab, Muhammad, al-Fath, al-Hujurat, al-Rahman, al-Hadid, al-Mujadilah, al-Hasyr, al-Mumtahanah, al-Shaf, al-Jum'

Lirik Qasidah Diciptaku Untuk Menyintaimu (SAW)

DICIPTAKU UNTUK MENYINTAIMU ( sumber: sebaran WhatsApp) Cintaku sebelum saksi, jadikan iman meninggi, Yakinku sebelum mimpi, Adanya dikau Nabi, Cinta sesudah menyaksi, Jadikan rindu meninggi, Dahagakan kasih Nabi, Bekalku selepas mati, اللَّهُمَّ صَلِّ عَلىٰ الَّذِي،  لَوْلَاهُ مَا كَانَ الْأَنَام، ياَ أَكْرَمَ الرُّسْلِ الْكِرَامِ، أَرْجُوْ الزِّيَارَة كُلِّ عَام، Hanya Allah yang Menyaksi, Nama terpahat di hati, Alhamdulillah ku memuji, Dikurnia namamu Nabi, Namamu terus menyinar, Hatiku menggeletar, Saat namamu didengar, Air mata terus memancar, اللَّهُمَّ صَلِّ عَلىٰ الَّذِي،  لَوْلَاهُ مَا كَانَ الْأَنَام، ياَ أَكْرَمَ الرُّسْلِ الْكِرَامِ، أَرْجُوْ الزِّيَارَة كُلِّ عَام، Malaikat jadilah saksi, Ku bercinta dengan Nabi, Jangan diseksa tubuh ini, Diciptakan demi Nabi, Jangan Ruhku dikasari, Ia pernah mimpikan Nabi, Buat pertama kali, Seperempatnya ku menyaksi, اللَّهُمَّ صَلِّ عَلىٰ الَّذِي،  لَوْلَاهُ مَا كَانَ الْأَنَام، ياَ أَ

Biografi Sheikh Dr Yusri Rushdi Sayyid Jabr al-Hasani

SUMBER: sebaran WhatsApp  Hari ini kita merayakan kelahiran Maulana al-Murabbi, Syekh Yusri Rusydi al-Hasani.. hafizhahullah... Seorang pakar perawat Jasad dan Roh. Ayo kita mengenal beliau.... ----- Nama beliau adalah Al-Allamah Syeikh Dr. Yusri Rushdi Sayyid Jabr Al-Hasani. Seorang doktor pakar bedah yang murobbi, alim, zuhud dan wara', juga pakar dalam pelbagai bidang ilmu agama. Berpegang teguh dengan aqidah ahli sunnah wal jama’ah, bermazhab Syafi’ie, berpegang dengan tariqat as-Siddiqi melalui susur galur tariqat as-Syazuli dan merupakan antara ulama Al-Azhar As-Syarif. |Latar Belakang, Pendidikan dan Pembelajaran| Dilahirkan pada 25 Muharram 1374 H bersamaan 23 September 1954 M di Hayyu Raudhul Faraj, Kaherah. Beliau memulakan alam persekolahan di sekolah kerajaan sehinggalah menyambungkan pelajaran dalam bidang perubatan di Universiti Kaherah dan mendapat pangkat ‘Jayyid Jiddan’ pada Disember 1978. Kemudian beliau mendapat Ijazah Sarjana (M.A) dalam bidan

Merinduimu Ya RasulAllah

Sumber: sebaran media sosial (WhatsApp) tapi telah diedit sedikit daripada segi huruf kecil/besar dll.  💠 *بسم الله الرحمن الرحيم*💠 ```Bila aku tak suka pada rasa makananku aku teringat pada Baginda Muhammad SAW yang pernah meletakkan batu pada keliling perutnya untuk menahan lapar``` 💠💠💠💠💠💠 ```Bila aku merasa pakaian ku cuma sedikit aku teringat pada Baginda Muhammad SAW yang hanya punya dua helai baju seumur hidupnya``` 💠💠💠💠💠💠 ```Bila aku merasa tidak selesa akan tempat pembaringan ku aku teringat pada Baginda Muhammad SAW yang tidur hanya beralas pelepah kurma dan kain kasar dalam hidupnya``` 💠💠💠💠💠💠 ```Apabila aku menjadi begitu kedekut untuk memberi dan berkongsi dengan orang lain .. aku teringat pada Baginda Muhammad SAW yang pernah memberi segala-galanya sehingga Baginda hampir tiada apa-apa untuk dirinya``` 💠💠💠💠💠💠 ```Bila aku fikir betapa miskinnya hidupku, aku teringat pada Baginda Muhammad SAW yang begitu cinta pada orang m

Lirik Nasyid Ya Hamilal Quran (يَا حَامِلَ الْقُرْآنْ) & Terjemahan

يَا حَامِلَ الْقُرْآنْ يَا حَامِلَ الْقُرْآنْ قَدْ خَصَّكَ الرَّحْمَنْ :: بِالْفَضْلِ وَالتِّيْجَانْ وَالرُّوْحِ وَالرَّيْحَانْ يَا دَائِمَ التَّرْتِيْلْ لِلذِّكْرِ وَالتَّنْزِيْلْ :: بُشْرَاكَ يَوْمَ رَحِيْلْ سَتَفُوْزُ بِالْغُفْرَانْ .. يَا قَارِئَ الْآيَاتْ فِيْ الْجَمْعِ وَالْخَلَوَاتْ :: تَزْهُوْ بِكَ السَّمَاوَاتْ وَتَنْتَشِيْ الْلأَكْوَانْ .. يَا حَامِلَ الْقُرْآنْ ,, يا حامل القرآن ------------------------ Wahai penghafal Al-Qur’an, sesungguhnya Allah Ar-Rahman telah mengistimewakan engkau dengan karunia, mahkota, ruh, dan bunga nan sedap aromanya. Wahai orang yang selalu membaca Al-Qur’an dengan tartil, kabar gembira untukmu di hari kiamat; engkau ‘kan beruntung dengan mendapat ampunan. Wahai pembaca ayat-ayat Al-Qur’an, baik saat bersama banyak orang maupun dalam kesendirian, seluruh langit turut merekah menyertaimu dan jagad raya pun menghirup aroma sedapmu ----------------------- Oh You have leaned the Quran by Heart The Gracious will single you out

Ababil; Hikmah yang Dilupakan Muslim

PERISTIWA AGUNG DIRAKAM AL-QURAN “Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap tentera bergajah? Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan Ka’bah) itu sia-sia? Dan Dia mengirimkan kapada mereka burung yang berbondong-bondong, yang melempari mereka dengan batu (berasal) dari tanah yang terbakar, lalu Dia menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan (ulat).” (Surah al-Fil; 1-5) Al-Quran telah merakamkan satu peristiwa penting yang berlaku beberapa ketika sebelum lahirnya Rasulullah SAW. Pendapat masyhur mengatakan bahawa peristiwa ini berlaku pada tahun yang sama lahirnya junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Disebabkan peristiwa ini, tahun tersebut digelar sebagai Tahun Gajah. Hanya kerana hasad dan dengki seorang raja bernama Abrahah terhadap Kaabah, maka timbullah perancangan jahat untuk memusnahkan Baitullah yang mulia ini. Semua ini bertitik tolak daripada kegagalannya mengalihkan tumpuan penyembahan bangsa Arab

Koleksi Kalam Mutiara dari Pencinta Rasulullah SAW (1)

Satu ۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ        وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ "Sabar di atas maksiat itu memerlukan kekuatan jiwa yang tinggi. Semua orang mungkin boleh melakukan ketaatan dengan banyaknya solat, qurannya dan puasanya.  Namun bagaimana seseorang itu dapat menjaga dirinya, menghalang dirinya daripada melakukan maksiat kepada Allah. Kata Nabi ﷺ, jika sabar di atas ketaatan itu mendapat 300 hasanah, maka sabar di atas kemaksiatan mendapat 600 hasanah. Kerana sabar di atas maksiat memerlukan taqwa yang kuat untuk tidak melakukan maksiat" -Al-Fadhil Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari- Muhasabah Diri dan Teruskan Berselawat http://telegram.me/iloverasulullah ---------------------------------------------------------------------------------------------- Dua ۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ        وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ "Biasakanlah dirimu untuk memulai sms dan surat lainnya dengan اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ. Semog

Sirah Bintu Rasulullah SAW; Sayidah Fatimah RA

Manaqib Sayidah Fatimah az-Zahra al-Batul binti Muhammad SAW Fatimah binti Muhammad (606/614 - 632) atau lebih dikenal dengan Fatimah az-Zahra (Fatimah yang selalu berseri) (Bahasa Arab: فاطمة الزهراء ) putri bungsu Nabi Muhammad SAW dari perkawinannya dengan istri pertamanya, Khadijah. Kelahiran & Kematian Fatimah dilahirkan pada hari Jumat, 20 Jumadil akhir di Mekkah, tahun kelima setelah kerasulan Nabi Muhammad[1], atau sekitar tahun 614 M (menurut tradisi Syi'ah) atau tahun 606 M (menurut Sunni). Tempat beliau dilahirkan ialah di rumah ayah dan ibunya. Beliau.rha wafat pada tahun ke-11 Hijriyah, enam bulan setelah wafatnya Rasulullah[2], dan dimakamkan secara rahasia di Pemakaman Baqi', Madinah. Pernikahan Ketika usianya beranjak dewasa, Fatimah Az-Zahra dipersunting oleh salah satu sahabat sekaligus orang kepercayaan Rasulullah, Ali bin Abi Thalib. Fatimah Az-Zahra tumbuh menjadi seorang gadis yang tidak hanya merupakan putri dari Rasulullah, namun juga mampu

Motivasi buat Para Penghafaz al-Quran

Image
[Diambil daripada sebaran media sosial] ⁠⁠⁠Beberapa hari yang lalu saya menjumpai guru saya, Syekh Asran Jabir Asran, di Ma’had Isy Karima, Karanganyar. Saya datang untuk setoran (tasmi') hafalan Surah Ali Imran. Maahad Isy Karima (sumber: Googlesearch) Setelah setoran saya bertanya kepada beliau, “Syekh, untuk murajaah baiknya berapa juz perhari?” “Minimal 5 juz” jawab beliau dengan cepat. 5 juz ya… Saya 1 juz pun kadang kala masih sulit, kata saya di dalam hati. “Waktunya kapan, Syekh?” tanya saya lagi. “Kapan saja. Gak perlu banyak waktu kok. 1 Jam cukup,” kata Syekh. “1 Jam 5 Juz?” tanya saya dengan heran “Kenapa? Jangankan 5 juz. 1 Jam 10 Juz pun cukup,” kata Syekh Asran “Mustahil…” kata saya sambil tertawa. “Mustahil? Saya biasa kok…” “Bagaimana bisa?” saya semakin takjub “Saya kasih contoh. Kalau ada yang berangkat ke Jakarta naik kuda, yang satunya naik bis (bas), satunya naik kereta, satunya naik pesawat. Mana yang paling cepat sampai?” “T