Merinduimu Ya RasulAllah

Sumber: sebaran media sosial (WhatsApp) tapi telah diedit sedikit daripada segi huruf kecil/besar dll. 

💠 *بسم الله الرحمن الرحيم*💠

```Bila aku tak suka pada rasa makananku
aku teringat pada Baginda Muhammad SAW
yang pernah meletakkan batu pada keliling perutnya untuk menahan lapar```

💠💠💠💠💠💠
```Bila aku merasa pakaian ku cuma sedikit
aku teringat pada Baginda Muhammad SAW
yang hanya punya dua helai baju seumur hidupnya```

💠💠💠💠💠💠
```Bila aku merasa tidak selesa akan tempat pembaringan ku
aku teringat pada Baginda Muhammad SAW
yang tidur hanya beralas pelepah kurma dan kain kasar dalam hidupnya```



💠💠💠💠💠💠
```Apabila aku menjadi begitu kedekut untuk memberi dan berkongsi dengan orang lain ..
aku teringat pada Baginda Muhammad SAW
yang pernah memberi segala-galanya sehingga Baginda hampir tiada apa-apa untuk dirinya```

💠💠💠💠💠💠
```Bila aku fikir betapa miskinnya hidupku, aku teringat pada Baginda Muhammad SAW
yang begitu cinta pada orang miskin dan ingin bersama si miskin di syurga, ia menaikkan semangatku```

💠💠💠💠💠💠
```Bila aku kecewa pada mereka yg banyak menyakiti aku, aku teringat pada Baginda Muhammad SAW
yang sentiasa memaafkan sesiapa shj yg berbuat jahat padanya```

💠💠💠💠💠💠
```Bila aku berfikir tentang mereka yg membenci aku, aku teringat pada Baginda Muhammad SAW
yang sentiasa berdoa untuk orang-orang yang telah menghina Baginda```

💠💠💠💠💠💠
```Bila orang lain tidak berterima kasih pada tiap kebaikan yang aku lakukan pada mereka, aku teringat pada Baginda Muhammad SAW
yang mengingatkan aku bahawa ganjaran yg hebat hanya dari Allah SWT```

💠💠💠💠💠
```Bila tiada siapa menyayangi aku, aku teringat pada Baginda Muhammad SAW
yang mencintaiku semenjak beribu tahun dulu```

💠💠💠💠💠💠
```Apabila aku berfikir betapa sengsaranya hidup aku..
aku teringat pada Baginda Muhammad SAW
yang menempuh segala kepayahan hidup demi nikmat Iman dan Islam pada ummatnya yg dicintai & dan itu bagai cas positif yang menguatkan aku !```

💠💠💠💠💠💠
*Assalamualaika ya Rasulullah*
*Assalamualaika ya habiballah*

ﷺ💠💠💠💠💠💠
*Selawat dan salam ke atas Baginda junjungan besar, contoh terbaik sepanjang zaman . Terima Kasih Ya Rasulullah untuk nikmat iman dan islam. Syafaatkan kami di akhirat nanti*

*Kerinduan padamu takkan pernah padam selamanya pada mu Ya Habiballah*
 *Muhammad s.a.w*
*اللهم صل على محمد وآل محمد*

💠💠💠💠💠💠

*#sungguh indah nukilan ini...*
  *Sebak bila membacanya..*.😢

Sollu 'alan Nabiy!

Comments

  1. Water Hack Burns 2 lb of Fat OVERNIGHT

    Well over 160,000 men and women are losing weight with a easy and SECRET "liquid hack" to drop 1-2 lbs each and every night in their sleep.

    It is effective and works all the time.

    Here's how to do it yourself:

    1) Take a glass and fill it half the way

    2) Then do this crazy HACK

    and you'll become 1-2 lbs lighter the next day!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Lirik Qasidah Rindu Madinah

Lirik Qasidah Mahabbah Rasul

Lirik Qasidah Diciptaku Untuk Menyintaimu (SAW)