Posts

Showing posts from June, 2019

Lirik (Teks Qasidah) Lailatul Qadar (Bahar Basith)

(Sumber: sebaran WhatsApp) Jika kamu bertanya bila malam mulia, Peganglah pandangan dua Imam terkemuka. Al-Ghazali Sang Qutub Agung lagi berjasa, Juga As-Syazuli Sang Imam panutan semua. Keduanya memberi panduan pada kita, Perhatikan Awal Ramadhan Moga Kan Jumpa. Jika Awal Ramadhanmu jatuh hari Ahad, Dua Puluh Sembilan moga-moga mendapat. Lailatul Qadar itu bukan malam sebarang, Amat rugi jika kau tidak ambil peluang. Awal Ramadhan jika berbetulannya Isnin, Malam Dua Puluh Satu jangan main-main. Imamuna As-Syafie juga menyebutnya, Jangan lalai dan leka pada malam siangnya. Jika jatuh Awal Ramadhan hari Selasa, Malam Dua Puluh Tujuh bersiap siaga. Jikalau hari Rabu pula awal Puasa, Terdapat perbezaan dua Imam berjasa, Dua Puluh Sembilan pandangan al-Ghazali, Kurang Sepuluh pula pandangan As-Syazuli. Jikalau Khamis pula Hari Awal Puasa, Malam Dua Puluh Lima jangan dipersia. Hari Jumaat pula jika Hari Pertama, Juga Khilaf antara dua Imam Mulia. Al-Gha