Lirik (Teks Qasidah) Lailatul Qadar (Bahar Basith)

(Sumber: sebaran WhatsApp)

Jika kamu bertanya bila malam mulia,
Peganglah pandangan dua Imam terkemuka.

Al-Ghazali Sang Qutub Agung lagi berjasa,
Juga As-Syazuli Sang Imam panutan semua.

Keduanya memberi panduan pada kita,
Perhatikan Awal Ramadhan Moga Kan Jumpa.

Jika Awal Ramadhanmu jatuh hari Ahad,
Dua Puluh Sembilan moga-moga mendapat.

Lailatul Qadar itu bukan malam sebarang,
Amat rugi jika kau tidak ambil peluang.

Awal Ramadhan jika berbetulannya Isnin,
Malam Dua Puluh Satu jangan main-main.

Imamuna As-Syafie juga menyebutnya,
Jangan lalai dan leka pada malam siangnya.

Jika jatuh Awal Ramadhan hari Selasa,
Malam Dua Puluh Tujuh bersiap siaga.

Jikalau hari Rabu pula awal Puasa,
Terdapat perbezaan dua Imam berjasa,

Dua Puluh Sembilan pandangan al-Ghazali,
Kurang Sepuluh pula pandangan As-Syazuli.

Jikalau Khamis pula Hari Awal Puasa,
Malam Dua Puluh Lima jangan dipersia.

Hari Jumaat pula jika Hari Pertama,
Juga Khilaf antara dua Imam Mulia.

Al-Ghazali berpandangan malam Dua Tujuh,
Berbeza dengan As-Syadzuli kurang sepuluh.

Sabtu pula jika awal Ramadhan mulia,
Malam Dua Puluh Tiga ambil manfaatnya.

Berpeganglah dengan Kaedah Ulama Sufi,
Mereka diberi petunjuk oleh Ilahi.

Namun ingatlah wahai Saudaraku yang mulia,
Beribadahlah sepanjang Ramadhan sempurna.

Berdoalah moga dikurnia Anugerah,
Bertemu malam yang mulia lagi terindah.

Mohd Nazrul Abd Nasir,
Mansyiah Badawi , Mansurah
21 Ramadhan 1440 Hijriyyah

@ baca seperti Qasidah Burdah al-Imam al-Busiri rahimahullah

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Qasidah Rindu Madinah

Lirik Qasidah Mahabbah Rasul

Lirik Qasidah Diciptaku Untuk Menyintaimu (SAW)