Koleksi Kalam Mutiara dari Pencinta Rasulullah SAW (1)

Satu

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 
      وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

"Sabar di atas maksiat itu memerlukan kekuatan jiwa yang tinggi. Semua orang mungkin boleh melakukan ketaatan dengan banyaknya solat, qurannya dan puasanya. 

Namun bagaimana seseorang itu dapat menjaga dirinya, menghalang dirinya daripada melakukan maksiat kepada Allah.

Kata Nabi ﷺ, jika sabar di atas ketaatan itu mendapat 300 hasanah, maka sabar di atas kemaksiatan mendapat 600 hasanah. Kerana sabar di atas maksiat memerlukan taqwa yang kuat untuk tidak melakukan maksiat"

-Al-Fadhil Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari-

Muhasabah Diri dan Teruskan Berselawat
http://telegram.me/iloverasulullah

----------------------------------------------------------------------------------------------
Dua

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 
      وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

"Biasakanlah dirimu untuk memulai sms dan surat lainnya dengan اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ. Semoga engkau akan mendapatinya pada catatan amal solehmu di hari kiamat kelak"

-Syaikh Muhammad Bin Sulaiman Al-Muhana-

Muhasabah Diri dan Teruskan Berselawat
http://telegram.me/iloverasulullah

----------------------------------------------------------------------------------------------
Tiga

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 
      وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

"Membaca 1 buku dan istiqomah menghabiskan, serta mendalaminya adalah lebih baik bagi kalian, daripada memiliki banyak buku, namun tidak kalian baca. Memiliki banyak buku adalah sebuah UJIAN, dan kalian tidak akan mungkin mampu membaca buku seluruhnya"

-Syeikh Hisyam Kamil Hamid-

Muhasabah Diri dan Teruskan Berselawat
http://telegram.me/iloverasulullah

----------------------------------------------------------------------------------------------
Empat

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 
      وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

"Jika dalam keadaan sihat tiada kesungguhan melakukan amal ibadah, apakah yang boleh diharapkan ketika tubuh sakit?

Apa yang pasti, sifat malas semakin menguasai diri dan ibadah yang Fardhu banyak tertinggal atas alasan tidak sihat"

-Tuan Guru Dato Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat-

Muhasabah Diri dan Teruskan Berselawat

http://telegram.me/iloverasulullah

----------------------------------------------------------------------------------------------


"Berhati-hatilah dengan apa yang kamu niatkan di dalam hati kamu. Kerana cahaya Allah itu akan dimasukkan ke dalam hati yang suci dan soleh"

----------------------------------------------------------------------------------------------
Lima

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 
      وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

"Bercintalah dengan Al-Quran. Kerana ia mampu menolong kamu di akhirat dan memberi syafaat"

-Al-Fadhil Ustaz Wadi Annuar Ayub-

Muhasabah Diri dan Teruskan Berselawat
http://telegram.me/iloverasulullah

----------------------------------------------------------------------------------------------
Enam

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 
      وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

"Rasa takut seorang hamba kepada Allah adalah sebesar tingkat keilmuannya terhadap Allah. Dan tingkatan zuhud seseorang terhadap dunia adalah sebesar hasratnya terhadap akhirat"

-Imam Fudhail Bin 'Iyadh Rahimahullah Taala-

Muhasabah Diri dan Teruskan Berselawat

http://telegram.me/iloverasulullah

----------------------------------------------------------------------------------------------
Tujuh

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 
      وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

"Barangsiapa yang bangun malam, maka dia akan bangun dalam keadaan jiwanya baik dan tubuh badannya sihat"

-Habib Musa Kazim Bin Jaafar Bin Muhammad As-Saggaf-

Muhasabah Diri dan Teruskan Berselawat

http://telegram.me/iloverasulullah

----------------------------------------------------------------------------------------------
Lapan

"Pada hari Jumaat, ada satu waktu dimana bila berdoa, doa tidak akan ditolak. Kata ulama' waktu itu mungkin selepas subuh, sebelum khutbah, antara dua khutbah, selepas khutbah dan selepas asar."

[Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid]

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Perbanyakkan berselawat
Telegram: @iloverasulullah

____________________________________________________________

"Jadikan selawat itu sebagai wangi-wangian pada mulut dan bibir kita dan yakinlah Sayyidina Rasulullah ﷺ sedang membalas selawat dan salam ke atasnya ﷺ kepada kita. Ada satu malaikat yang ditugaskan oleh Allah untuk sentiasa menyampaikan selawat dan salam umatnya kepada Baginda"
Ustaz Iqbal Zain


----------------------------------------------------------------------------------------------
Sembilan

"Dalam ilmu ni, kita jangan biar guru bercakap, tapi kita yang kena banyak tanya"

[Almarhum Dato' Sheikh Haji Mohd Murtadza]

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Perbanyakkan berselawat
Telegram: @iloverasulullah

----------------------------------------------------------------------------------------------
Sepuluh

"Bukanlah sesuatu yang luar biasa jika dihatimu ada kekasih Allah. Tapi yang luar biasa, ketika kamu dihatinya"

[Habib Taufiq Assegaf]

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Perbanyakkan berselawat

Telegram: @iloverasulullah
----------------------------------------------------------------------------------------------


Comments

Popular posts from this blog

Lirik Qasidah Rindu Madinah

Lirik Qasidah Mahabbah Rasul

Lirik Qasidah Diciptaku Untuk Menyintaimu (SAW)