Ya Tarim wa Ahlaha

Bismillah.

Dulu, ketika di Tarim, saya pertama kali kenal dengan Burdah. Burdah adalah puisi karangan Imam Busiri berkenaan Rasulullah SAW. Dan burdah ini ada 10 fasal di dalamnya. Saya mendengar pelbagai jenis irama didendangkan untuk melagukan setiap fasl tersebut. Semakin saya dengar, semakin saya jatuh cinta dengan burdah ini. Semakin saya cuba memahami isi-isinya, semakin saya rindu untuk bertemu dengan Baginda Rasulullah SAW.

Dan pagi ini, saya terkejut saat tok bilal (mungkin) di masjid menyuruh membelek muka surat tertentu dan ternyata muka surat tu diisi dengan bait-bait burdah. Masa tu, terus teringat kat Tarim, rindu sangat. Kata sahabat saya, kalau kita sedih, selalulah sebut 'Ya Tarim wa Ahlaha'. Ahlaha yang dimaksudkan di sini bukanlah sebarang ahli, kerana yang berada di Tarim itu adalah wali-wali Allah, orang-orang yang dekat dengan Allah. Sebab itu jugalah Tarim dikenali sebagai Kota Sejuta Wali.

Alhamdulillah bila baca burdah itu, rindu kepada Tarim itu sedikit sebanyak terubat. Saya jadi muhasabah diri sendiri, jauhnya rasanya diri dengan majlis ilmu. Rasa macam dah lama tak menumpang barakah-barakah yang turun ketika di majlis ilmu. Bukankah Allah juga telah berfirman:

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila dikatakan kepadamu, 'Berilah kelapangan di dalam majelis-majelis,' maka lapangkanlah, nescaya Allah akan memberi kelapangan untukmu.." (al-Mujadilah: 11)

Dan Allah SWT juga ada menyambung di ayat yang sama;

"...Allah akan mengangkat (darjat) orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa darjat.." (58:11)



Comments

Popular posts from this blog

Lirik Qasidah Rindu Madinah

Lirik Qasidah Mahabbah Rasul

Lirik Qasidah Diciptaku Untuk Menyintaimu (SAW)